Garis kasar bab Hikayat Pinggir Air

Bab pertama bermula dengan pembebasan 108 makhluk halus, dengan bab kedua menghuraikan kebangkitan Gao Qiu, antagonis utama bagi 108 makhluk tersebut. Selepas bab kedua itu diikuti cerita-cerita tentang berbagai-bagai penjahat. Pada mula-mulanya, cerita ini kelihatan merupakan banyak cerita yang berasingan dan dari satu segi, ini adalah benar. Hubungan antara watak-watak amat kabur. Tetapi cerita itu akhirnya kelihatan berpadu menjelang sekitar Bab 40, semasa pembuangan dan penyelamatan Song Jiang yang kemudian menjadi ketua kepada 108 penjahat itu. Sebaik sahaja watak-watak utama berkumpul di paya yang terletak di Gunung Liang, cerita ini menghuraikan pertempuran-pertempuran dengan dinasti Song. Song Jiang tetap menonjolkan kesetiaannya kepada maharaja dan selepas memenangi banyak pertempuran terhadap angkatan tentera empayar, gerombolan penjahat itu ditawarkan pengampunan dan dijemput oleh maharaja untuk menjadi sebuah angkatan tentera rasmi. Song Jiang menerima jemputan itu dengan rela, tetapi Gao Qiu yang tidak gembira akan mereka, menghantar mereka untuk melawan musuh-musuh dinasti dengan penghabisan yang penuh tragedi.

Garis kasar bab-bab yang berikut berdasarkan edisi 100-bab. Edisi 120-bab yang ditulis oleh Yang termasuk kempen-kempen para penjahat yang lain yang dilakukan bagi pihak dinasti Song, manakala edisi 70-bab oleh Jing tidak memasukkan bab-bab mengenai penerimaan pengampunan oleh para penjahat serta kempen-kempen mereka yang menyusul.

1Marsyal Hong membebaskan 108 makhluk halus
2Kebangkitan Gao Qiu
2–3Cerita tentang Shi Jin
3–7Cerita tentang Lu Zhishen
7–12Cerita tentang Lin Chong
12–13Cerita tentang Yang Zhi
13–20Perampasan hadiah-hadiah hari jadi yang diketuai oleh Chao Gai dan "7 yang asal"
20–22Cerita tentang Song Jiang
23–32Cerita tentang Wu Song
32–35Cerita tentang Hua Rong
36–43Pembuangan dan penyelamatan Song Jiang
44–47Cerita tentang Shi Xiu dan Yang Xiong
47–50Tiga serangan ke atas Desa Keluarga Zhu
51–52Cerita tentang Lei Heng dan Zhu Tong
53–55Para penjahat menyerang Gaotangzhou; mencari Gongsun Sheng
55–57Serangan empayar yang pertama ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Huyuan Zhuo)
57–59Para penjahat menyerang Qingzhou
59–60Para penjahat menyerang Gunung Mangdang
60Serangan pertama ke atas Desa Keluarga Zeng; kematian Chao Gai
60–67Cerita tentang Lu Junyi; para penjahat menyerang Damingfu; serangan empayar yang kedua ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Guan Sheng)
67Serangan empayar yang ketiga ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Shan Ting-gui dan Wei Ding-guo)
68Serangan kedua ke atas Desa Keluarga Zeng
69–70Para penjahat menyerang Dongpingfu dan Dongchangfu
71–74108 orang pahlawan berhimpun dengan sepenuhnya; telatah Li Kui yang lawak tetapi boleh membawa maut
75–78Maharaja menawarkan pengampunan buat pertama kali; Serangan empayar yang keempat ke atas Paya Liangshan
78–80Serangan empayar yang kelima ke atas Paya Liangshan (diketuai oleh Gao Qiu)
81–82Para penjahat diberikan pengampunan
83–89Para penjahat menyerang kaum Tatar Liao
90–99Para penjahat menyerang pemberontak selatan (Fang La)
100Pembubaran para penjahat dari Paya yang tragik

Versi dilanjutkan memasukkan ekspedisi-ekspedisi gerombolan penjahat terhadap dua orang ketua pemberontak yang terkenal, iaitu Tian Hu di Hebei dan Wang Qing di Szechuan, sebelum gerombolan tersebut terhadap Fang La.